Saturday, 23 May 2015
Friday, 22 May 2015
BULAN KEMERDEKAAN
Pertama kali bersajak
AJK Persembahan
Guru-guru Praktikum
Pelajar Tingkatan 3
Pelajar SMK Sg Besar
Pelajar 4 Sains Sukan
Bersama guru-guru SMK Sg Besar
Labels:
Merdeka
Thursday, 21 May 2015
KEPENTINGAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Sumber: Imej Google
Pengenalan
ICT dapat ditakrifkan sebagai pelbagai bentuk peralatan dan
sistem yang digunakan untuk memproses, mengurus, memanipulasi, memindah,
menyimpan dan menyebarkan maklumat melalui media elektronik. Menurut Gunalan
A/L Raja Girudran (2011) pada hari ini, ICT digunakan dalam hampir semua aspek
kehidupan dan pengaruhnya dijangkakan akan membawa impak yang lebih besar
terhadap dunia akan datang (Robertson, 1998).
Penggunaan
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah banyak memberi kesan
yang baik kepada murid-murid tidak kiralah murid-murid di sekolah rendah atau
pun di sekolah menengah. Hal ini demikian kerana terdapat pelbagai kebaikan
yang dapat diperoleh daripada penggunaan teknologi ini seperti menjimatkan
masa, menjadikan pengajaran lebih menarik, memudahkan pencarian maklumat,
melahirkan generasi yang celik IT, meningkatkan kemahiran guru dalam bidang
teknologi dan sebagainya. Tambahan lagi, teknologi dalam pendidikan bukan lagi
isu yang baru untuk diperkatakan. Pengajaran berasaskan teknologi seperti
komputer, kalkulator saintifik dan perisian-perisian terbaru.
Selain itu, kemahiran guru dalam
bidang ICT dapat membantu murid-murid untuk menguasai kemahiran dan ilmu yang
bersesuaian dengan minat, bakat serta potensi murid sekaligus dapat menanam rasa
cinta akan ilmu pengetahuan. Menurut
Noor Azean dan Beatrice Andrew (2010) mengatakan pada masa kini ICT banyak
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan negara
kita. Penggunaan ICT ini juga sering dikaitkan dengan keberkesanannya dalam
kalangan guru-guru.
Kepentingan Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Makmal Komputer SMK Sg. Besar
1- Meningkatkan
Kemahiran Guru dan Murid
Penggunaan
ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat membantu guru dan murid meningkatkan
kemahiran dalam bidang teknologi kini kerana mereka akan diberikan pendedahan
terhadap pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti komputer, LCD, CD,
pendrive, perisian, internet dan sebagainya. Semua alat ini mempunayi fungsi
dan kegunaanya yang tersendiri dalam menjalani proses PdP di sekolah. Selain itu
juga, guru dan murid dapat menambahkan pengetahuan mengenai sistem ICT melalui
PdP yang sedang berlangsung. Hal ini demikian kerana sepanjang proses PdP
tersebut, guru dan murid akan saling berinteraksi tentang apa-apa yang
dipelajari serta bertukar pendapat mengenai keberkesanan menggunakan sistem ICT
ini.
2- Menarik
Minat Murid untuk Belajar
Penggunaan
ICT juga boleh menarik minat murid untuk meneruskan PdP. Hal ini demikian
kerana, murid-murid pada hari ini sangat gemar menggunakan teknologi dalam
kehidupan seharian seperti komputer dan telefon pintar. Oleh sebab itu, sebagai
seorang guru kita perlu peka dengan perkembangan yang sedang berlaku. Penggunaan
ICT dalam bilik darjah akan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih aktif
dan menyeronokkan. Hal ini demikian kerana murid-murid akan tertarik dengan
penggunaan slaid yang canggih, bunyi-bunyi yang boleh dihasilkan melalui
perisian yang canggih dan sebagainya.
3- Menjimatkan
Masa Pencarian Maklumat
Penggunaan
teknologi dalam PdP juga boleh menjimatkan masa seseorang guru dan murid untuk
mendapatkan apa-apa maklumat berkaitan dengan topik pembelajaran. Hal ini
demikian kerana melalui kemudahan internet, guru dan murid boleh membuat
pencarian di hujung jari sahaja dan maklumat tersebut akan terpapar pada skrin
komputer atau apa-apa kemudahan teknologi pintar yang lain dalam masa yang
singkat sahaja. Guru dan murid tidak perlu lagi mencari akhbar-akhbar lama
untuk mengutip maklumat, namun begitu kaedah ini masih boleh digunakan tetapi
teknologi yang ada pada masa kini lebih memudahkan guru serta menjimatkan masa
guru itu sendiri.
4- Meningkatkan
Kecekapan dan Keberkesanan Hasil Pembelajaran
Penggunaan
ICT dapat membantu guru untuk membuat persiapan pengajaran dengan lebih cepat
dan berkesan. Hal ini demikian kerana kemudahan teknologi dapat memudahkan
pencarian maklumat berkaitan topik pembelajaran yang diperlukan oleh guru-guru
untuk di ajar di bilik darjah. Selain itu, guru-guru juga dapat menyampaikan
PdP dengan lebih berkesan kerana melalui penggunaan ICT sebagai alat bantu mengajar,
guru boleh menggunakan powerpoint, video, flash, visual dan sebagainya ketika
proses PdP berlangsung. Kaedah pengajaran ini bukan sahaja menarik, malah mampu
memberi penerangan yang lebih jelas terhadap murid-murid.
Contoh Murid Menggunakan Teknologi: Frog VLE
Labels:
Teknologi
Subscribe to:
Posts (Atom)