Sejarah Sekolah



Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar (SMKSGB) ditubuhkan pada tahun 1965. Pada masa itu SMKSGB diberi nama Darjah Menengah Kebangsaan (DMK). Pada 1969 DMK Sungai Besar digabungkan dengan DMK Sungai Haji Dorani dan DMK Parit 9. Pada tahun 1968 bangunan baru SMK siap dibina dan pembukaan rasmi SMK oleh YB Tun Abd. Razak Hussein. Maka tingkatan empat pertama diwujudkan. Pada 1978 perasmian bangunan tambahan oleh YB Dato’ Musa Hitam dan pembinaan surau sekolah dibuat. Setreusnya pada tahun 1980, SMK dinaiktaraf ke Gred A. Pada masa itu juga aliran sastera diwujudkan dan asrama sementara diwujudkan.

Pada tahun 1982, tingkatan enam aliran sains diwujudkan. Pada tahun 1990, SMK menerima Anugerah Harapan Negara dan menerima Program Sekolah Kembar dengan Chalfonts School London. Pada tahun 1992, penubuhan pusat sumber sekolah berpusat. Pada tahun 1994, bangunan PIBG dibina hasil sumbangan Dato’ Haji Ramli bin Haji Norani. Pada tahun 1997, program Kelas Komputer dalam pendidikan dimulakan. Kelas Pendidikan Khas bagi kanak-kanak istimewa diwujudkan. Dan kini ia dikenali sebagai Pusat Pendidikan Khas Integrasi. Seterusnya pada tahun 1999, Program Sekolah Bestari dilaksanakan di SMKSGB sehingga kini. Kini SMKSGB di ketuai oleh Tn Hj Saroni Bin Tasuki selaku Pengetua SMKSGB.

SMKSGB terletak di Jalan Pegawai, Sungai Besar, Selangor. Sekolah ini terletak berhampiran dengan pekan Sungai Besar dalam jarak satu kilometer. Sekolah ini mempunyai 158 tenaga pengajar secara keseluruhannya. Manakala bilangan murid adalah seramai 1565 orang, staf sokongan pula seramai 24 orang. Sekolah ini dilengkapi dengan bilangan kelas sebanyak 65 buah manakala bilik darjah sebanyak 56 buah. Selain itu, sekolah ini juga mempunyai kantin, surau, makmal sains, bengkel, bilik seni, bilik pendidikan moral, padang, gelanggang, dewan serbaguna, perpustakaan, kedai buku, koperasi, makmal ICT, makmal MBIMBM, bilik simulasi, bilik guru, bilik cetak, bilik syifa’ dan galeri. Sekolah ini juga mempunyai dua aliran iaitu Aliran Perdana dan Pendidikan Khas Integrasi.


Oleh kerana bilangan murid yang ramai, murid-murid di SMKSGB diagihkan kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. Sesi pagi bermula pada 7.30 pagi hingga 1.10 tengah hari manakala sesi petang bermula pada pukul 1.10 tengah hari sehingga pukul 6.40 petang. Sesi pagi terdiri daripada murid tingkatan tiga, empat, lima dan pelajar tingkatan enam. Manakala sesi petang pula menempatkan pelajar tingkatan satu dan dua sahaja.  

0 comments:

Post a Comment