Thursday, 21 May 2015

KEPENTINGAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sumber: Imej Google

Pengenalan

ICT dapat ditakrifkan sebagai pelbagai bentuk peralatan dan sistem yang digunakan untuk memproses, mengurus, memanipulasi, memindah, menyimpan dan menyebarkan maklumat melalui media elektronik.  Menurut Gunalan A/L Raja Girudran (2011) pada hari ini, ICT digunakan dalam hampir semua aspek kehidupan dan pengaruhnya dijangkakan akan membawa impak yang lebih besar terhadap dunia akan datang (Robertson, 1998).

          Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah banyak memberi kesan yang baik kepada murid-murid tidak kiralah murid-murid di sekolah rendah atau pun di sekolah menengah. Hal ini demikian kerana terdapat pelbagai kebaikan yang dapat diperoleh daripada penggunaan teknologi ini seperti menjimatkan masa, menjadikan pengajaran lebih menarik, memudahkan pencarian maklumat, melahirkan generasi yang celik IT, meningkatkan kemahiran guru dalam bidang teknologi dan sebagainya. Tambahan lagi, teknologi dalam pendidikan bukan lagi isu yang baru untuk diperkatakan. Pengajaran berasaskan teknologi seperti komputer, kalkulator saintifik dan perisian-perisian terbaru.

            Selain itu, kemahiran guru dalam bidang ICT dapat membantu murid-murid untuk menguasai kemahiran dan ilmu yang bersesuaian dengan minat, bakat serta potensi murid sekaligus dapat menanam rasa cinta akan ilmu pengetahuan.  Menurut Noor Azean dan Beatrice Andrew (2010) mengatakan pada masa kini ICT banyak digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan negara kita. Penggunaan ICT ini juga sering dikaitkan dengan keberkesanannya dalam kalangan guru-guru. 

Kepentingan Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

 Makmal Komputer SMK Sg. Besar


1-      Meningkatkan Kemahiran Guru dan Murid
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)  dapat membantu guru dan murid meningkatkan kemahiran dalam bidang teknologi kini kerana mereka akan diberikan pendedahan terhadap pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti komputer, LCD, CD, pendrive, perisian, internet dan sebagainya. Semua alat ini mempunayi fungsi dan kegunaanya yang tersendiri dalam menjalani proses PdP di sekolah. Selain itu juga, guru dan murid dapat menambahkan pengetahuan mengenai sistem ICT melalui PdP yang sedang berlangsung. Hal ini demikian kerana sepanjang proses PdP tersebut, guru dan murid akan saling berinteraksi tentang apa-apa yang dipelajari serta bertukar pendapat mengenai keberkesanan menggunakan sistem ICT ini.


2-      Menarik Minat Murid untuk Belajar
Penggunaan ICT juga boleh menarik minat murid untuk meneruskan PdP. Hal ini demikian kerana, murid-murid pada hari ini sangat gemar menggunakan teknologi dalam kehidupan seharian seperti komputer dan telefon pintar. Oleh sebab itu, sebagai seorang guru kita perlu peka dengan perkembangan yang sedang berlaku. Penggunaan ICT dalam bilik darjah akan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih aktif dan menyeronokkan. Hal ini demikian kerana murid-murid akan tertarik dengan penggunaan slaid yang canggih, bunyi-bunyi yang boleh dihasilkan melalui perisian yang canggih dan sebagainya.


3-      Menjimatkan Masa Pencarian Maklumat
Penggunaan teknologi dalam PdP juga boleh menjimatkan masa seseorang guru dan murid untuk mendapatkan apa-apa maklumat berkaitan dengan topik pembelajaran. Hal ini demikian kerana melalui kemudahan internet, guru dan murid boleh membuat pencarian di hujung jari sahaja dan maklumat tersebut akan terpapar pada skrin komputer atau apa-apa kemudahan teknologi pintar yang lain dalam masa yang singkat sahaja. Guru dan murid tidak perlu lagi mencari akhbar-akhbar lama untuk mengutip maklumat, namun begitu kaedah ini masih boleh digunakan tetapi teknologi yang ada pada masa kini lebih memudahkan guru serta menjimatkan masa guru itu sendiri.


4-      Meningkatkan Kecekapan dan Keberkesanan Hasil Pembelajaran
Penggunaan ICT dapat membantu guru untuk membuat persiapan pengajaran dengan lebih cepat dan berkesan. Hal ini demikian kerana kemudahan teknologi dapat memudahkan pencarian maklumat berkaitan topik pembelajaran yang diperlukan oleh guru-guru untuk di ajar di bilik darjah. Selain itu, guru-guru juga dapat menyampaikan PdP dengan lebih berkesan kerana melalui penggunaan ICT sebagai alat bantu mengajar, guru boleh menggunakan powerpoint, video, flash, visual dan sebagainya ketika proses PdP berlangsung. Kaedah pengajaran ini bukan sahaja menarik, malah mampu memberi penerangan yang lebih jelas terhadap murid-murid. 

Contoh Murid Menggunakan Teknologi: Frog VLE

2 comments:

  1. Gunalan A/L Raja Girudran (2011)...apa nama bukunya...mahu membaca. TQ

    ReplyDelete